Berita Berita
Budak 12 tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas hanyut ke sungai ketika main di longkang depan rumah
MELAKA TENGAH 28 April - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai dihanyutkan arus ke sungai berhampiran ketika bermain di kawasan longkang di hadapan rumahnya di Taman Ayer Keroh Heights, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Mohd Shahrom Laji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.53 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh digerakkan ke lokasi.
"Pencarian dimulakan di permukaan air kemudian menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jarak kira-kira enam meter dari lokasi dia dipercayai bermain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, anggota bomba segera melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.
"Mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.
"Setakat ini, keadaan terkini masih belum diperoleh," katanya.
Berita berkaitan
April 27, 2026, 8:55 pm
UMNO-BN, PN Negeri Sembilan umum bentuk kerjasama, peroleh majoriti mudah
April 27, 2026, 8:49 pm
Ahmad Zahid bakal bincang krisis Negeri Sembilan dengan PM
April 27, 2026, 3:35 pm
Nasib Syed Saddiq dipenjara tujuh tahun atau bebas diketahui 30 Jun ini
April 27, 2026, 3:01 pm
Menteri Agama gesa henti spekulasi isu azan di Ampang
April 27, 2026, 3:01 pm
Pegawai penyiasat didapati cuai, penganggur dibebas tuduhan amang seksual kanak-kanak
April 27, 2026, 2:56 pm
