TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

UMNO Negeri Sembilan arah Exco kosongkan pejabat, pulang aset kerajaan hari ini

By
|
Kongsi
image

 

SEREMBAN 28 April - UMNO Negeri Sembilan mengarahkan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) parti itu mengosongkan pejabat di Wisma Negeri serta memulangkan kenderaan rasmi dan aset kerajaan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri pada Selasa.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menarik sokongan dan mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Aminuddin Harun.

“Apabila saya mengumumkan tidak lagi memberi kepercayaan kepada Menteri Besar serta menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, secara automatik jawatan saya sebagai ahli exco gugur.

“Hari ini, saya telah pun mengarahkan semua Exco UMNO menyerahkan segala kemudahan termasuk kenderaan rasmi kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Jalaluddin yang merupakan ADUN Pertang sebelum ini memegang portfolio Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi serta Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, selain berperanan sebagai Exco Kanan.

Antara Exco UMNO lain termasuk ADUN Seri Menanti, Ismail Lasim yang memegang portfolio Pendidikan dan Modal Insan, serta ADUN Palong, Mustapha Nagoor.

ADUN Linggi, Mohd Faizal Ramli pula memegang portfolio Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital.

+ - reset