Berita Berita
Pegawai kanan polis direman lima hari, disyaki terima rasuah lindung pusat hiburan
KUANTAN 28 April - Seorang pegawai kanan polis direman selama lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM64,000 sebagai balasan melindungi kegiatan pusat hiburan tidak sah di negeri ini.
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan Majistret Ellyna Mahussin di Mahkamah Majistret Kuantan selepas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 2 petang Isnin di kediamannya.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2020 hingga 2023 ketika bertugas di salah satu daerah di negeri ini.
“Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan daripada dua pemilik pusat hiburan melalui pemindahan ke akaun bank peribadinya,” katanya pada Selasa.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 1:51 pm
HKL jelaskan situasi jabatan kecemasan tular sedang dalam proses naik taraf
May 1, 2026, 1:42 pm
Kerajaan sasar gaji median RM3,500 menjelang 2030
May 1, 2026, 1:32 pm
Anwar beri tempoh dua minggu lapor pelaksanaan inisiatif Hari Pekerja 2026
May 1, 2026, 8:38 am
Kegagalan sistem brek punca trak ATM hilang kawalan rempuh Plaza Tol Bukit Teratai
May 1, 2026, 8:17 am
Inisiatif BDR jimat RM1.9 juta subsidi petrol dalam tempoh 10 hari
May 1, 2026, 8:11 am
