Berita Berita
Maha Berjaya tawar pakej Ibadah Qurban Kambing 2026, harga bermula RM999 sahaja
KUALA LUMPUR 2 Mei - Orang ramai yang merancang menunaikan ibadah qurban bagi tahun 2026/1447H kini boleh membuat tempahan awal menerusi pakej khas ditawarkan oleh Maha Berjaya, dengan harga bermula serendah RM999 seekor.
Menampilkan slogan “Tunaikan Ibadahmu, Raihkan Syurgamu”, tawaran itu menyediakan enam pilihan pakej mengikut berat kambing dan bajet pelanggan, sekali gus memberi lebih fleksibiliti kepada umat Islam untuk melaksanakan ibadah qurban dengan mudah dan teratur.
Antara pakej ditawarkan ialah kategori C pada harga RM999 bagi kambing seberat 25 hingga 27 kilogram, diikuti pakej B(RM1,119), A (RM1,259), AA (RM1,399), L (RM1,499) dan pakej premium XL pada harga RM1,599 bagi berat antara 42 hingga 45 kilogram.
Selain menawarkan haiwan yang cukup umur dan sihat, pihak penganjur turut menyediakan pelbagai kemudahan tambahan termasuk pemotongan percuma, penghantaran, video bukti sembelihan serta sijil qurban kepada pelanggan.
Inisiatif itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan memandangkan semakin ramai memilih tempahan awal bagi mengelakkan kesuntukan slot menjelang Aidiladha.
Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan segera dengan menghubungi Noorullah di talian 012-392 4663, Mahfuz (017-645 3278) atau Mizie (012-495 7860).
Tempahan awal digalakkan bagi memastikan pilihan pakej terbaik dapat diperoleh sebelum kuota penuh.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 1:51 pm
HKL jelaskan situasi jabatan kecemasan tular sedang dalam proses naik taraf
May 1, 2026, 1:42 pm
Kerajaan sasar gaji median RM3,500 menjelang 2030
May 1, 2026, 1:32 pm
Anwar beri tempoh dua minggu lapor pelaksanaan inisiatif Hari Pekerja 2026
May 1, 2026, 8:38 am
Kegagalan sistem brek punca trak ATM hilang kawalan rempuh Plaza Tol Bukit Teratai
May 1, 2026, 8:17 am
