Berita Politik
UMNO rekod 13,954 ahli baharu melalui pendaftaran dalam talian
KUALA LUMPUR 2 Mei – UMNO mencatatkan seramai 13,954 keahlian baharu melalui sistem pendaftaran dalam talian sejak kemudahan tersebut mula dibuka kepada umum pada 22 April lalu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan sambutan luar biasa itu sebagai satu titik perubahan penting selepas parti bertindak mempermudahkan urusan permohonan keahlian bagi menarik minat lebih ramai golongan muda.
Menerusi statistik setakat jam 8 pagi tadi, sayap Pemuda mendahului dengan pendaftaran tertinggi iaitu seramai 8,233 ahli, diikuti oleh Puteri (1,290) dan Wanita (1,240).
Beliau memaklumkan perkara tersebut ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini, dengan menyatakan Johor sebagai negeri yang mencatatkan pendaftaran paling ramai, diikuti Pahang dan Perak.
Trend peningkatan positif itu adalah selaras dengan hasrat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu prosedur penyertaan ahli dipermudahkan tanpa menyulitkan borang permohonan bagi mendekati generasi baharu.
Langkah agresif menambah keahlian ini merupakan sebahagian daripada pengisian utama konvensyen bersejarah tersebut yang dirangka sebagai platform muhasabah serta penyatuan seluruh kepimpinan dan akar umbi parti.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:06 am
PH sasar sekurang-kurangnya 19 kerusi pada PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 9:57 am
Aminuddin gesa calon PH bermunajat, mohon petunjuk jelang hari pengundian PRN
July 29, 2026, 11:15 am
Ramalan pilihan raya tidak bererti, pengundi penentu sebenar PRN Negeri Sembilan - Fahmi Fadzil
July 26, 2026, 4:17 pm
'Amaran Zahid tak dipeduli' – Chong Zhemin dakwa PAS sebenarnya kuasai BN-PN
July 26, 2026, 4:12 pm
Belum ada perbincangan berkaitan PRU – Zahid
July 26, 2026, 9:39 am
PRN Negeri Sembilan: Zahid tepis dakwaan Muhyiddin, yakin keserasian BN-PN kekal utuh
July 25, 2026, 8:39 pm
PRN Negeri Sembilan: RCI Tabung Haji tidak wajar jadi modal kempen
July 25, 2026, 8:36 pm
PRN Negeri Sembilan: Mohamad Hasan jangka PRU lebih awal
July 25, 2026, 3:18 pm
PRN Negeri Sembilan: Zahid yakin manifesto BN mampu pacu ekonomi negeri
July 25, 2026, 3:14 pm
