Berita Viral
(VIDEO) 'Muka selamba buat kerja haram' - Wanita 'wanted' di Klang rembat makanan di beberapa premis
Oleh AZIM SAID
KLANG 6 Mei – Tindakan seorang wanita yang didakwa mengambil makanan tanpa membuat bayaran di beberapa premis sekitar Klang dan kawasan berhampiran mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peniaga selepas rakaman serta perkongsian mengenainya tular di media sosial.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna, wanita tersebut dipercayai menggunakan taktik berpura-pura menyemak pesanan sebelum mendakwa makanan itu miliknya.
Dalam satu kejadian, individu berkenaan dilaporkan mengambil makanan di sebuah kedai makan sebelum berlalu pergi tanpa membuat bayaran.
Difahamkan, kejadian sama turut dilaporkan berlaku di beberapa lokasi lain termasuk kedai serbaneka dan restoran di sekitar Port Klang, Shah Alam, Setia Alam dan Puchong.
Seorang netizen, jenzakaria, mendakwa individu berkenaan sudah lama melakukan perbuatan tersebut di pelbagai lokasi.
“Dia ni memang ‘wanted’, saya memang geram dengan dia ni rembat Nescafe, Milo, dia buat pesanan lepastu nanti dia datang ambik sendiri.
“Sekali rider datang nak ambik barang dah tak ada, Lotus Shah Alam, Setia Alam, Klang , Puchong memang dia rajin buat kerja,” komennya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna, yashnyysharma, meluahkan rasa simpati, namun berharap individu tersebut diberi peluang untuk berubah.
“Sekadar makanan pun sanggup curi ke, moga ada insan yang sudi beri dia peluang kerja basuh pinggan atau pencuci kedai makan.
“Supaya dia boleh makan dengan cara yang lebih baik tanpa perlu mencuri lagi,” ujarnya.
Namun, terdapat juga pandangan netizen athirahaman_, yang melihat perbuatan itu sebagai satu tabiat berulang, bukannya disebabkan kesempitan hidup.
“Ni bukan sebab kelaparan atau terpaksa, tapi memang tabiat mencuri. Perangai macam ni selalunya dari kecil dah terbiasa mencuri.
Kalau tak insaf, memang sampai ke tua dia bawa perangai macam ni,” tulisnya.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
