Berita Jenayah
Sekolah jadi penyelamat, murid 12 tahun dedah jadi mangsa seksual bapa kandung di Batu Pahat
BATU PAHAT 6 Mei - Seorang buruh sawit direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya sejak tahun lalu.
Perintah reman terhadap suspek berusia 53 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman sehingga Selasa ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.
Kes terbongkar selepas pihak sekolah menjadi titik tolak pendedahan apabila mangsa berusia 12 tahun menjalani pemeriksaan kesihatan di sekolah.
Pasukan perubatan mendapati murid terbabit menunjukkan tanda kemurungan dan bersikap menyendiri sebelum bertanyakan keadaan yang dialami, sekali gus mendorong mangsa menceritakan dirinya menjadi mangsa jenayah seksual bapa kandung sejak tahun lalu.
Mangsa yang sebelum ini tinggal bersama ibu saudara selepas ibu bapanya bercerai memaklumkan kejadian terbaru berlaku pada 3 Mei lalu di rumah bapanya di daerah ini, selain didakwa turut diajak menonton video lucah sejak Februari lalu.
Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi menjalani pemeriksaan sebelum membuat laporan polis semalam.
Susulan laporan itu, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Khas/Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan suspek pada jam 10.35 malam tadi dan merampas telefon bimbitnya bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
September 22, 2026, 12:44 pm
Wanita rugi RM1.2 juta diperdaya scammer menyamar polis di Kelantan
September 17, 2026, 1:44 pm
Polis tahan wanita serang anggota guna pisau sewaktu tangkapan di Chan Sow Lin
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
