Berita Berita
Kastam KLIA tumpaskan penyeludupan bernilai RM1.19 juta, empat kes dikesan
SEPANG 11 Mei – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA berjaya mematahkan cubaan sindiket penyeludupan dadah, mata wang, dan minuman keras bernilai hampir RM1.19 juta melalui empat siri serbuan berasingan sepanjang April lalu.
Pengarah JKDM KLIA, Zulkifli Muhammad, memaklumkan kejayaan pertama melibatkan penahanan seorang warga Indonesia di Terminal 1 KLIA pada 2 April yang cuba membawa keluar wang tunai berjumlah RM129,500 tanpa pengisytiharan sah. Wang tersebut ditemukan disembunyikan di dalam beg plastik hitam di dalam bagasi milik suspek sebelum ditahan oleh pihak berkuasa.
Kes kedua pula melibatkan rampasan besar-besaran 17,043.60 liter minuman keras pelbagai jenama tanpa setem cukai di sebuah premis di Seri Kembangan pada 23 April. Rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM221,566.80 dengan anggaran ketirisan duti dan cukai kerajaan mencecah RM430,835.64.
Bagi kes ketiga pada 24 April, seorang lelaki tempatan ditahan di pintu pelepasan antarabangsa Terminal 1 KLIA kerana disyaki cuba menyeludup 3.67 kilogram ketamin bernilai RM183,595 ke Hong Kong menggunakan bagasi kabin. Manakala bagi kes keempat pada 27 April, dua wanita tempatan ditahan di lokasi sama ketika cuba menyeludup 4.48 kilogram ketamin dianggarkan bernilai RM224,180 ke Taipei, Taiwan.
Secara keseluruhan, nilai rampasan daripada kesemua kes tersebut berjumlah RM1,189,677.44. Kes-kes berkenaan kini disiasat di bawah pelbagai peruntukan undang-undang termasuk Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Berita berkaitan
May 25, 2026, 10:11 pm
B.N Reddy kagum komuniti India Muslim kekal jadi jambatan perkukuh hubungan Malaysia-India
May 25, 2026, 8:34 pm
Pokok tumbang di tiga lokasi ibu negara; hempap bumbung parkir, kenderaan
May 25, 2026, 8:27 pm
Bomba bertindak pantas selamatkan kanak-kanak setahun terkunci dalam Perodua Aruz
May 25, 2026, 7:28 pm
Parti dadah, pesta gay di hotel mewah diserbu, 51 lelaki ditahan
May 25, 2026, 3:58 pm
Sokong pekebun kecil, Kerajaan teruskan skim bantuan BUDI Agri-Komoditi secara bersasar
May 25, 2026, 3:54 pm
JASANUSA gesa SPRM siasat syarikat tawar pakej qurban luar negara
May 25, 2026, 3:48 pm
Petronas beri jaminan stok minyak negara cukup sehingga Julai
May 25, 2026, 2:44 pm
