TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Myvi keluar simpang mengejut, pemandu lori maut kemalangan di Geliga

By
|
Kongsi
image

KEMAMAN 13 Mei – Seorang pemandu lori yang sedang menunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang keluar simpang secara tiba-tiba di Kilometer 158 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli, memaklumkan mangsa, Zulkarnain Rawi, 51, yang menunggang motosikal jenis KTM 250 Duke, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan dari Chukai menghala ke Chendor apabila sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang warga emas berusia 78 tahun keluar dari simpang kiri secara mengejut. Akibat jarak yang terlalu dekat, mangsa gagal mengelak lalu merempuh kenderaan tersebut.

Pemandu kereta berkenaan, yang dipercayai baru pulang dari pusat dialisis berhampiran, hanya mengalami luka ringan pada bahagian tangan dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut. Pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut di bawah peruntukan undang-undang trafik sedia ada.

+ - reset