Berita Berita
Shamsul Azri puji sumbangan Azam Baki perkukuh SPRM sebagai badan penguat kuasa unggul
KUALA LUMPUR 13 Mei – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan penghargaan tinggi terhadap Tan Sri Azam Baki yang berjaya memacu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebuah agensi penguat kuasa yang disegani sepanjang tempoh kepimpinan beliau.
Menerusi satu hantaran di media sosial hari ini, Shamsul Azri menyifatkan tempoh perkhidmatan selama 42 tahun Azam dalam agensi antirasuah berkenaan sebagai satu perjalanan yang penuh dengan pelbagai kejayaan serta reformasi besar.
Beliau turut menegaskan bahawa segala jasa serta sumbangan yang diberikan oleh Azam dalam usaha memperkukuh integriti negara akan sentiasa dikenang dan berharap agar beliau terus berbakti kepada nusa dalam apa jua kapasiti pada masa hadapan.
Azam Baki menamatkan perkhidmatannya di SPRM selepas lebih empat dekad, di mana kepimpinan beliau dikenali dengan pendekatan agresif dalam memulihkan aset negara bernilai berbilion ringgit serta membongkar pelbagai sindiket rasuah berprofil tinggi.
Berita berkaitan
May 13, 2026, 6:42 pm
Warga emas tersilap tekan pedal minyak rempuh pasar raya
May 13, 2026, 6:38 pm
Bakal pengantin menyorok atas siling elak dicekup khalwat
May 13, 2026, 6:34 pm
Sanusi gesa polis ambil tindakan ekstrem basmi sindiket dadah di Langkawi
May 13, 2026, 2:15 pm
Pelajar tingkatan satu maut di asrama akibat pendarahan kepala, paru-paru berair
May 13, 2026, 1:43 pm
Johari Abdul Ghani bantah pengampunan Jho Low, gesa AS beri kerjasama
May 13, 2026, 9:46 am
Wanita warga asing ditahan kes buang bayi di Semporna
May 13, 2026, 9:05 am
Myvi keluar simpang mengejut, pemandu lori maut kemalangan di Geliga
May 13, 2026, 8:48 am
