TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bakal pengantin menyorok atas siling elak dicekup khalwat

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 13 Mei – Seorang bakal pengantin lelaki yang cuba bersembunyi di atas siling sebuah rumah teres dua tingkat gagal meloloskan diri apabila berjaya dikesan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) awal pagi semalam.

Tindakan tersebut diambil selepas pihak JAINJ menerima aduan awam pada jam 2.30 pagi mengenai kehadiran lelaki berkenaan di kediaman nenek teman wanitanya yang sering dikunjungi beliau sebelum ini.

Pemeriksaan awal di rumah tersebut pada mulanya hanya menemui seorang wanita dan neneknya yang sedang tidur, namun penemuan telefon bimbit serta dompet milik lelaki di dalam sebuah bilik menimbulkan keraguan pihak berkuasa.

Kecurigaan penguat kuasa akhirnya membuahkan hasil apabila mereka menemui lelaki tersebut sedang mencangkung sambil berpaut pada kayu galang siling di sebuah bilik yang mempunyai kesan siling terkopak.

Hasil soal siasat mendedahkan pasangan tersebut yang masing-masing bekerja di daerah ini dan berniaga secara dalam talian bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh beberapa minggu lagi memandangkan segala urusan di pejabat kadi telah pun selesai.

Pasangan yang bukan suami isteri itu kini ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 kerana disyaki berkhalwat.

+ - reset