TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita warga asing ditahan kes buang bayi di Semporna

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Mei – Seorang wanita warga asing berusia 28 tahun ditahan pihak polis selepas dipercayai terlibat dalam kes penemuan seorang bayi lelaki berusia dua bulan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kosong di Kampung Panji, Semporna, Sabah.

Ketua polis daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan bayi seberat tiga kilogram tersebut dalam keadaan berbungkus sekitar jam 7 pagi semalam.

Bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Semporna untuk pemeriksaan lanjut dan didapati berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan sebelum urusan penyerahan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilakukan.

Kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda bagi kesalahan mendedahkan atau meninggalkan kanak-kanak dengan niat membuangnya.

Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor J. Munnesh bagi membantu siasatan menyeluruh berhubung kejadian tersebut.

+ - reset