TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sanusi gesa polis ambil tindakan ekstrem basmi sindiket dadah di Langkawi

By
|
Kongsi
image

ALOR SETAR 13 Mei – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan tegas termasuk langkah ekstrem bagi memerangi kegiatan sindiket pengedaran dadah yang dilaporkan menjadikan Langkawi sebagai pusat transit.

Beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa tidak seharusnya melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan haram tersebut memandangkan masalah dadah telah menyebabkan kerosakan sosial yang teruk kepada masyarakat dan institusi keluarga di negara ini.

Antara langkah ekstrem yang dicadangkan beliau termasuklah tindakan menembak pengedar dadah sekiranya mereka melarikan diri atau menjadi ancaman berbahaya kepada pihak polis semasa operasi dijalankan.

Sanusi mendedahkan bahawa beliau telah lama menerima maklumat mengenai modus operandi sindiket yang menjadikan laut sebagai lokasi pemindahan bekalan dadah sebelum diedarkan oleh individu menggunakan perahu di sekitar pulau peranginan berkenaan.

Beliau turut menyatakan sokongan agar tindakan drastik diambil walaupun bakal mencetuskan kontroversi demi memastikan keselamatan anak muda dan memandangkan pelbagai usaha melalui agensi berkaitan sebelum ini masih belum berjaya melumpuhkan kegiatan tersebut sepenuhnya.

Gesaan itu dibuat susulan laporan mengenai kemunculan semula rangkaian pengedaran dadah tersusun di Langkawi yang dipercayai didalangi oleh seorang anggota polis sehingga menyebabkan isu penagihan di kawasan tersebut sukar untuk diselesaikan.

+ - reset