Berita Berita
Johari Abdul Ghani bantah pengampunan Jho Low, gesa AS beri kerjasama
KUALA LUMPUR 13 Mei – Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau Jho Low tidak wajar diberikan pengampunan atas peranannya sebagai dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kenyataan beliau menyusul selepas laporan Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan Jho Low sedang memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi menggugurkan pertuduhan jenayah terhadapnya di negara tersebut.
Johari yang juga merupakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyatakan bantahan keras beliau terhadap permohonan itu dan meminta kerajaan AS membantu Malaysia mengesan individu berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Laman web Jabatan Keadilan (DOJ) AS dilaporkan menyenaraikan permintaan di bawah nama Taek Jho Low bagi kategori "Pengampunan Selepas Tamat Tempoh Hukuman" yang difailkan pada tahun ini.
Jho Low kini berdepan pelbagai pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram di Malaysia serta AS melibatkan penyelewengan dana sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion daripada 1MDB antara tahun 2009 hingga 2015.
Setakat ini, Johari memaklumkan beliau tidak mempunyai maklumat mengenai sebarang rundingan antara Jho Low dan kerajaan Malaysia berhubung pemulangan aset berkaitan dana negara tersebut.
Berita berkaitan
May 13, 2026, 6:42 pm
Warga emas tersilap tekan pedal minyak rempuh pasar raya
May 13, 2026, 6:38 pm
Bakal pengantin menyorok atas siling elak dicekup khalwat
May 13, 2026, 6:34 pm
Sanusi gesa polis ambil tindakan ekstrem basmi sindiket dadah di Langkawi
May 13, 2026, 2:15 pm
Pelajar tingkatan satu maut di asrama akibat pendarahan kepala, paru-paru berair
May 13, 2026, 1:46 pm
Shamsul Azri puji sumbangan Azam Baki perkukuh SPRM sebagai badan penguat kuasa unggul
May 13, 2026, 9:46 am
Wanita warga asing ditahan kes buang bayi di Semporna
May 13, 2026, 9:05 am
Myvi keluar simpang mengejut, pemandu lori maut kemalangan di Geliga
May 13, 2026, 8:48 am
