TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar tingkatan satu maut di asrama akibat pendarahan kepala, paru-paru berair

By
|
Kongsi
image

GUA MUSANG 13 Mei – Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun yang menetap di asrama sebuah sekolah menengah di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh ditemukan meninggal dunia pagi semalam.

Ketua polis daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo memaklumkan bahawa pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.53 pagi daripada bapa mangsa yang mendapati anaknya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama berkenaan.

Mangsa kemudiannya segera dibawa oleh pihak sekolah ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun pegawai perubatan di klinik tersebut mengesahkan remaja berkenaan telah meninggal dunia.

Hasil bedah siasat di Hospital Gua Musang menunjukkan punca kematian adalah disebabkan oleh pendarahan spontan pada bahagian kepala serta paru-paru berair, manakala pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam insiden tersebut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menyinggung sensitiviti keluarga mangsa memandangkan jenazah telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

+ - reset