Berita Berita
Warga emas tersilap tekan pedal minyak rempuh pasar raya
PADANG BESAR 13 Mei – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang kawalan selepas tersilap menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaan dipandunya merempuh sebuah pasar raya di Kampung Darat, Beseri hari ini.
Ketua polis daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.20 pagi itu dipercayai terjadi ketika mangsa yang memandu kereta jenis Volkswagen Polo sedang cuba melakukan pusingan U.
Kenderaan terbabit dilaporkan melanggar sebuah Perodua Kancil terlebih dahulu sebelum merempuh masuk ke dalam premis perniagaan berkenaan sehingga mengakibatkan kerosakan struktur yang serius pada bahagian hadapan pasar raya tersebut.
Walaupun Volkswagen Polo berkenaan mengalami kerosakan remuk di bahagian hadapan dan Perodua Kancil terbabit rosak di bahagian belakang, tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan dalam insiden berkenaan.
Kes kini sedang disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atas kesalahan gagal mengawal kenderaan dengan baik sehingga mengakibatkan kemalangan jalan raya.
Berita berkaitan
May 13, 2026, 6:38 pm
Bakal pengantin menyorok atas siling elak dicekup khalwat
May 13, 2026, 6:34 pm
Sanusi gesa polis ambil tindakan ekstrem basmi sindiket dadah di Langkawi
May 13, 2026, 2:15 pm
Pelajar tingkatan satu maut di asrama akibat pendarahan kepala, paru-paru berair
May 13, 2026, 1:46 pm
Shamsul Azri puji sumbangan Azam Baki perkukuh SPRM sebagai badan penguat kuasa unggul
May 13, 2026, 1:43 pm
Johari Abdul Ghani bantah pengampunan Jho Low, gesa AS beri kerjasama
May 13, 2026, 9:46 am
Wanita warga asing ditahan kes buang bayi di Semporna
May 13, 2026, 9:05 am
Myvi keluar simpang mengejut, pemandu lori maut kemalangan di Geliga
May 13, 2026, 8:48 am
