TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Malaysia kecam tindakan menteri Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 15 Mei – Malaysia mengecam keras tindakan menteri rejim zionis Israel yang menceroboh perkarangan Masjid Al-Aqsa bagi menyambut hari pendudukan Israel di Baitulmaqdis Timur yang disifatkan sebagai penghinaan berat terhadap kesucian tapak tersebut serta melanggar undang-undang antarabangsa.

Wisma Putra menegaskan bahawa insiden provokatif yang sistematik itu merupakan cubaan Israel untuk mengukuhkan pendudukan haram serta mengubah status quo Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur.

Sehubungan itu, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan PBB agar bertindak segera bagi memastikan Israel bertanggungjawab sepenuhnya dan menghentikan segala bentuk provokasi dengan serta-merta.

Kerajaan turut mengulangi solidariti terhadap rakyat Palestin serta kekal dengan pendirian menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka berteraskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

+ - reset