TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penduduk Malaysia mencecah 34.4 juta, lelaki lebih ramai daripada wanita

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 15 Mei – Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan meningkat kepada 34.4 juta orang pada suku pertama tahun ini berbanding 34.2 juta dalam tempoh yang sama pada 2025, namun kadar pertumbuhannya menunjukkan trend lebih perlahan iaitu 0.5 peratus berbanding 0.9 peratus tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin memaklumkan bahawa penduduk lelaki kini berjumlah 18 juta orang manakala penduduk perempuan pula mencatatkan seramai 16.3 juta orang, dengan komposisi warga tempatan dan bukan warganegara masing-masing kekal pada 90.1 peratus dan 9.9 peratus.

Data terkini turut menunjukkan peningkatan komposisi penduduk tua berumur 65 tahun ke atas kepada 8.0 peratus, sementara penduduk umur muda mencatatkan penurunan kepada 21.6 peratus dan penduduk umur bekerja pula meningkat sedikit kepada 70.4 peratus.

Dari sudut pecahan etnik, komuniti Melayu kini merangkumi 58.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk, manakala komposisi etnik Cina pula menunjukkan penurunan sedikit kepada 22.1 peratus berbanding 22.2 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas.

Bagi kumpulan bumiputera lain, bumiputera Sabah yang diketuai etnik Kadazan/Dusun menyumbang 55.3 peratus, sementara bumiputera Sarawak yang didominasi oleh etnik Iban pula merangkumi 32.3 peratus daripada kategori tersebut.

Trend penurunan turut dikesan dalam bilangan kelahiran hidup yang merosot kepada 94,807 kelahiran, di mana Selangor kekal sebagai negeri mencatatkan kelahiran tertinggi manakala Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan jumlah terendah.

Mohd Uzir turut menambah bahawa ibu yang berumur antara 30 hingga 39 tahun merupakan penyumbang utama kepada statistik kelahiran hidup tersebut, dengan purata seorang bayi dilahirkan bagi setiap satu minit pada suku pertama tahun ini.

+ - reset