Berita Berita
Pengisian kekosongan jawatan pengetua beberapa institusi pendidikan akan mula diisi mulai hari ini – Fadhlina
Oleh AZIM SAID
IPOH 15 Mei - Kementerian Pendidikan mengambil keputusan untuk mula mengisi kekosongan jawatan pengetua di beberapa institusi pendidikan selaras dengan penambahbaikan tatakelola pengurusan jawatan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata langkah itu penting bagi memastikan kelancaran pentadbiran sekolah serta kesinambungan kepimpinan pendidikan tidak terjejas.
Beliau berkata, kekosongan jawatan pengetua tidak boleh dipandang ringan kerana ia memberi kesan langsung terhadap pengurusan sekolah.
“Untuk mengatasi perkara itu, kita telah mengambil keputusan bahawa selaras dengan penambahbaikan tatakelola pengurusan jawatan.
“Pengisian kekosongan jawatan pengetua beberapa institusi pendidikan akan mula diisi mulai hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 yang membawa tema Guru Bitara, Nadi Negara.
Menurut Fadhlina, pengisian jawatan itu bukan sahaja bertujuan memastikan pentadbiran sekolah berjalan lancar, malah dapat memperkukuh budaya kepimpinan pendidikan.
Katanya, guru memerlukan sokongan daripada ekosistem pentadbiran yang kukuh bagi membolehkan mereka terus berinovasi, berkreativiti dan melaksanakan perubahan kecil dalam bilik darjah.
Beliau turut menegaskan bahawa pentadbir sekolah berperanan penting dalam menyediakan ruang dan sokongan kepada guru untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
“Kita mahu ekosistem ini terus berkembang kerana apabila ada ekosistem yang baik, perjalanan, ruang pendidikan dan peranan guru dapat dilihat dalam perspektif yang lebih luas dan signifikan,” katanya.
Berita berkaitan
May 16, 2026, 12:04 pm
Peranan guru bentuk akhlak generasi muda semakin genting - PM
May 16, 2026, 11:57 am
12 inisiatif diperkenal perkasakan profesion guru sempena Hari Guru
May 16, 2026, 11:45 am
PDRM siasat dakwaan Jho Low pulang ke Malaysia hadiri mesyuarat sulit
May 16, 2026, 8:21 am
Guru tonggak masa depan, kecemerlangan pendidik terus diiktiraf - Fadhlina
May 15, 2026, 8:37 pm
Polis nafi unsur aniaya kematian anggota semasa latihan kawad
May 15, 2026, 8:32 pm
Siasatan terhadap Tan Sri Krishnan Tan selesai: IJM beri tumpuan pada agenda strategik
May 15, 2026, 8:20 pm
Siasatan keberadaan Jho Low tetap diteruskan - KPN
May 15, 2026, 7:43 pm
KPM beri keutamaan rayuan perpindahan guru "duka lara"
May 15, 2026, 6:57 pm
