Berita Berita
'Macam ini ke cara untuk jalan ke depan?' - Pemuda UMNO persoal laungan ‘UMNO pengkhianat’ pada Konvensyen PH
KUALA LUMPUR 18 Mei – UMNO membidas laungan “UMNO pengkhianat” yang bergema ketika Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor semalam, sambil mempersoalkan pihak yang sebenarnya memainkan politik kebencian.
Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin berkata, tuduhan terhadap UMNO itu tidak berasas memandangkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan Johor secara sendiri selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Menurut beliau, BN ketika itu bertanding secara solo tanpa sebarang kerjasama politik dengan PH mahupun Perikatan Nasional (PN).
“Sebab kita masuk pilihan raya negeri pada yang lepas memang secara berasingan pun, kita tidak bersama. Dan BN bentuk kerajaan dengan memenangi 42 kerusi itu secara sendiri.
“Jadi tidak ada untuk pengkhianatan di sini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Semalam, suasana Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor bertukar panas apabila laungan “tolak UMNO”, “pengkhianat” dan “reformasi” kedengaran hampir di setiap sudut dewan ketika pemimpin utama gabungan itu menyampaikan ucapan.
Beberapa perwakilan dan penyokong turut dilihat bangun melaungkan slogan berkenaan sehingga mencuri perhatian ramai di media sosial.
Mengulas lanjut, Hafiz berkata keputusan BN mempertahankan 42 kerusi dan bertanding di 56 kawasan pada PRN Johor dibuat atas kapasiti gabungan itu sebagai kerajaan tunggal yang mentadbir negeri berkenaan.
“Maksudnya di sini, kita tidak ada pun mengkhianati sesiapa, baik PH ataupun PN. Bahkan PH dan PN masuk sebagai pengimbang kepada kerajaan,” katanya lagi.
Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang datang ke Johor dengan naratif mahu “mengebumikan BN” dan pada masa sama melabel UMNO sebagai pengkhianat.
“Masuk ke Johor, beritahu bahawa nak kebumikan BN, kemudian label kita pengkhianat, label tolak UMNO. Jadi macam ini ke cara untuk jalan ke depan?” katanya.
Menurut Hafiz, rakyat Johor cukup matang untuk menilai pihak mana yang benar-benar konsisten dalam politik dan siapa yang sekadar memainkan sentimen untuk meraih sokongan politik.
Berita berkaitan
May 18, 2026, 2:26 pm
Rupiah sekali lagi jatuh ke paras terendah dalam sejarah
May 18, 2026, 2:03 pm
'UMNO Johor bertindak jujur, bukan khianat seperti PH di Sabah' - Puad Zarkashi
May 18, 2026, 1:54 pm
Kes bunuh di Kelantan melonjak lebih 100 peratus
May 18, 2026, 1:46 pm
Tragedi di ladang sawit: Bapa lapan anak maut ditimpa tandan buah seberat 15kg
May 18, 2026, 1:34 pm
Ketua Polis Daerah disiasat lakukan gangguan seksual terhadap anggotanya
May 18, 2026, 1:31 pm
Agong kurniakan 100 lembu korban, titah agih daging kepada asnaf dan golongan B40
May 18, 2026, 12:32 pm
Loke puji hanya Anwar berani buka laluan UEC ke universiti awam
May 18, 2026, 12:04 pm
'Sakit hati lihat komen negatif, ingat pelajar tahfiz ni cikai ke?' - Asyraf Wajdi
May 18, 2026, 11:28 am
