Berita Berita
Tragedi di ladang sawit: Bapa lapan anak maut ditimpa tandan buah seberat 15kg
KUANTAN 18 Mei – Seorang peneroka maut akibat kecederaan parah selepas ditimpa tandan buah kelapa sawit seberat kira-kira 15 kilogram dalam satu insiden tragis di sebuah ladang di Felda Bukit Goh, di sini kelmarin.
Ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Nor Apian Md Said, 50, dilaporkan sedang melakukan kerja-kerja mengait buah kelapa sawit di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah memaklumkan, insiden memilukan itu disedari oleh rakan sekerjanya yang turut mengambil upah mengait buah sawit di kawasan ladang yang sama.
"Kejadian hanya disedari salah seorang daripada rakan mangsa yang ketika itu mahu mengutip buah sawit yang baru dikait oleh mangsa. Bagaimanapun, mangsa didapati telah pun rebah dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat ditimpa buah sawit yang jatuh dari pokok berketinggian sekitar 40 kaki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ashari berkata, sejurus menerima laporan berhubung kes berkenaan, sepasukan anggota polis bersama petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Bukit Goh dikejarkan ke tempat kejadian. Pihak perubatan kemudiannya mengesahkan bapa kepada lapan orang anak itu telah pun meninggal dunia di lokasi tersebut akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Mayat mangsa telah dibawa keluar dari kawasan ladang dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi menjalani proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian sebelum dituntut oleh ahli keluarga.
Berita berkaitan
May 18, 2026, 3:03 pm
Les' Copaque tegaskan Upin Ipin karya Malaysia selepas ada yang 'claim' dari Indonesia
May 18, 2026, 2:26 pm
Rupiah sekali lagi jatuh ke paras terendah dalam sejarah
May 18, 2026, 2:03 pm
'UMNO Johor bertindak jujur, bukan khianat seperti PH di Sabah' - Puad Zarkashi
May 18, 2026, 1:54 pm
Kes bunuh di Kelantan melonjak lebih 100 peratus
May 18, 2026, 1:34 pm
Suspek kurung, dera, liwat remaja di Shah Alam ditahan dalam bilik sewa di KL
May 18, 2026, 1:34 pm
Ketua Polis Daerah disiasat lakukan gangguan seksual terhadap anggotanya
May 18, 2026, 1:31 pm
Agong kurniakan 100 lembu korban, titah agih daging kepada asnaf dan golongan B40
May 18, 2026, 12:32 pm
