TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ramai terlewat ke tempat kerja, LRT laluan Kelana Jaya rosak pagi tadi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 18 Mei - Jadual perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan pagi ini, berpunca gangguan teknikal membabitkan sebuah tren.

Rapid KL memaklumkan gangguan berpunca daripada kerosakan komponen tren yang mengakibatkan ia tidak dapat bergerak.

Disebabkan gangguan operasi ini, Rapid KL menjangkakan waktu menunggu penumpang yang lebih lama di platform stesen berkenaan, terutama di Stesen Ara Damansara dan Kelana Jaya.

"Penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, seperti Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, pihak operasi Rapid KL mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara bagi membantu pengguna meneruskan perjalanan mereka.

Pada masa sama, pasukan teknikal Rapid KL dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih bagi mengembalikan operasi secepat mungkin.

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan penumpang, anggota polis bantuan dan petugas turut ditempatkan di platform serta ruang legar stesen bagi membantu penumpang.

"Pengumuman berkala mengenai jadual perjalanan tren turut dibuat di stesen.

"Penumpang juga disaran merujuk laman media sosial Rapid KL atau aplikasi perjalanan MyRapid PULSE untuk status terkini perkhidmatan Laluan LRT Kelana Jaya," kata Rapid KL.

+ - reset