Berita Berita
Ketua Polis Daerah disiasat lakukan gangguan seksual terhadap anggotanya
KUALA LUMPUR 18 Mei - Polis menyiasat dakwaan terhadap seorang Ketua Polis Daerah di Sarawak yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang anggotanya.
Menurut laporan Harian Metro, laporan polis sudah dibuat semalam oleh anggota polis wanita itu yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pegawai terbabit beberapa kali.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan ada menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan" katanya ringkas ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Difahamkan, kejadian itu berlaku sejak bulan lalu selepas mangsa ditugaskan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri terbabit.
Anggota wanita itu juga mendakwa diajak ke kediaman pegawai terbabit dan menjadi mangsa gangguan seksual malah kejadian itu turut berlaku di tempat kerja.
Berita berkaitan
May 18, 2026, 2:26 pm
Rupiah sekali lagi jatuh ke paras terendah dalam sejarah
May 18, 2026, 2:03 pm
'UMNO Johor bertindak jujur, bukan khianat seperti PH di Sabah' - Puad Zarkashi
May 18, 2026, 1:54 pm
Kes bunuh di Kelantan melonjak lebih 100 peratus
May 18, 2026, 1:46 pm
Tragedi di ladang sawit: Bapa lapan anak maut ditimpa tandan buah seberat 15kg
May 18, 2026, 1:31 pm
Agong kurniakan 100 lembu korban, titah agih daging kepada asnaf dan golongan B40
May 18, 2026, 12:32 pm
Loke puji hanya Anwar berani buka laluan UEC ke universiti awam
May 18, 2026, 12:04 pm
'Sakit hati lihat komen negatif, ingat pelajar tahfiz ni cikai ke?' - Asyraf Wajdi
May 18, 2026, 11:28 am
