Berita Politik
Lompat parti sebelum kosong kerusi, Rafizi dan Nik Nazmi masih terikat bon RM10 juta - Fuziah
JOHOR BAHRU 18 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad masih terikat dengan bon parti bernilai RM10 juta meskipun kedua-duanya mendakwa terselamat daripada tindakan tersebut selepas mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh mendedahkan, pihaknya mempunyai bukti digital berasaskan tanda masa (timestamp) di laman sesawang Malaysian United Party (MUP) yang menunjukkan kedua-dua tokoh itu dipercayai telah menyertai parti baharu tersebut lebih awal iaitu pada 17 Mei (semalam).
Beliau menjelaskan, kronologi tersebut membuktikan mereka telah melakukan tindakan lompat parti terlebih dahulu sebelum proses pengosongan kerusi Parlimen difailkan hari ini, sekali gus menyaksikan syarat-syarat pelanggaran bon parti itu secara teknikalnya masih berkuat kuasa.
"Dengan cara itu mereka mengatakan bahawa Akta Anti Lompat Parti itu tidak terpakai. Tetapi saya ada bukti bahawa mereka telah pun masuk parti bersama dalam website bersama, 'timestampnya' 17 hari bulan (semalam).
"Kalau ikut dasar perlembagaan parti, maka mereka sudah pun lompat parti pada 17 hari bulan, sebelum mereka mengosongkan kerusi mereka pada hari ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Advokasi Dasar Pengguna Negara 2.0 dan Bual Bicara Pengguna, di sini hari ini.
Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memaklumkan, susulan penemuan bukti baharu itu, PKR telah menyerahkan kesemua dokumen berkaitan kepada panel penasihat undang-undang parti untuk diperhalusi sebelum sebarang tindakan mahkamah dimulakan.
Isu pelanggaran bon dan status terkini beberapa lagi wakil rakyat yang dikaitkan dengan gerakan tersebut dijadualkan menjadi agenda utama dalam Mesyuarat Biro Politik PKR yang akan berlangsung esok.
Semalam, Rafizi dalam satu kenyataan media mempertahankan langkah politiknya bersama Nik Nazmi dengan mendakwa bon RM10 juta tersebut terbatal secara automatik memandangkan mereka melepaskan mandat sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa terlebih dahulu, berbeza dengan kes wakil rakyat melompat parti sedia ada yang mengekalkan kerusi dimenangi atas tiket PKR.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:06 am
PH sasar sekurang-kurangnya 19 kerusi pada PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 9:57 am
Aminuddin gesa calon PH bermunajat, mohon petunjuk jelang hari pengundian PRN
July 29, 2026, 11:15 am
Ramalan pilihan raya tidak bererti, pengundi penentu sebenar PRN Negeri Sembilan - Fahmi Fadzil
July 26, 2026, 4:17 pm
'Amaran Zahid tak dipeduli' – Chong Zhemin dakwa PAS sebenarnya kuasai BN-PN
July 26, 2026, 4:12 pm
Belum ada perbincangan berkaitan PRU – Zahid
July 26, 2026, 9:39 am
PRN Negeri Sembilan: Zahid tepis dakwaan Muhyiddin, yakin keserasian BN-PN kekal utuh
July 25, 2026, 8:39 pm
PRN Negeri Sembilan: RCI Tabung Haji tidak wajar jadi modal kempen
July 25, 2026, 8:36 pm
PRN Negeri Sembilan: Mohamad Hasan jangka PRU lebih awal
July 25, 2026, 3:18 pm
PRN Negeri Sembilan: Zahid yakin manifesto BN mampu pacu ekonomi negeri
July 25, 2026, 3:14 pm
