Berita Berita
Les' Copaque tegaskan Upin Ipin karya Malaysia selepas ada yang 'claim' dari Indonesia
KUALA LUMPUR 18 Mei – Les' Copaque Production menegaskan siri animasi popular Upin & Ipin adalah karya asli dan hak cipta sepenuhnya milik syarikat itu susulan tular dakwaan di media sosial yang mendakwa animasi berkenaan berasal dari Indonesia.
“Animasi Upin & Ipin adalah sepenuhnya hak cipta dan karya Les’ Copaque Production,” menurut syarikat itu menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Penjelasan tersebut dibuat selepas satu video dimuat naik individu dikenali sebagai Bambang Galon yang mendakwa siri animasi berkenaan pada asalnya merupakan karya animator Indonesia dengan nama awal ‘Si Arifin’.
Menerusi kapsyen video tersebut, individu terbabit menulis: “Just laughed at it, turns out Upin Ipin’s original name is Ariffin’s original from Indonesia. My pride.”
Dalam video sama, seorang lelaki turut mendakwa lesen animasi itu dibeli oleh sebuah syarikat dari Malaysia sebelum dikembangkan menjadi Upin & Ipin.
Menurut dakwaan lelaki berkenaan, sekitar tahun 2008 ketika rancangan televisyen kanak-kanak masih banyak menggunakan pelakon sebenar, sekumpulan animator dari Jakarta dan Bandung didakwa menghasilkan animasi dikenali sebagai ‘Si Arifin’ sebelum ia diubah suai atas permintaan penerbit.
Dia turut mendakwa karya tersebut kemudiannya dibeli oleh syarikat dari Malaysia sebelum diperkenalkan semula ke Indonesia beberapa tahun kemudian dengan nilai lebih tinggi.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempertahankan karya animasi tempatan berkenaan.
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ting Hua Ee menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan tersebut.
“Saman aje. Upin Ipin dah boleh kurangkan watak Susanti tu. Lebihkan watak Izad dan Zul serta Devi dan Raju. Kalau boleh wujudkan watak dari Sabah dan Sarawak,” katanya.
Seorang lagi pengguna, Hafizur Hazwan, turut meminta syarikat produksi itu mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit.
“Samanlah Les’ Copaque Production Sdn Bhd. Biar dia ada akal sikit. Habis semua benda nak ‘claim’. Bagi dia terdiam,” tulisnya.
Berita berkaitan
May 18, 2026, 2:26 pm
Rupiah sekali lagi jatuh ke paras terendah dalam sejarah
May 18, 2026, 2:03 pm
'UMNO Johor bertindak jujur, bukan khianat seperti PH di Sabah' - Puad Zarkashi
May 18, 2026, 1:54 pm
Kes bunuh di Kelantan melonjak lebih 100 peratus
May 18, 2026, 1:46 pm
Tragedi di ladang sawit: Bapa lapan anak maut ditimpa tandan buah seberat 15kg
May 18, 2026, 1:34 pm
Suspek kurung, dera, liwat remaja di Shah Alam ditahan dalam bilik sewa di KL
May 18, 2026, 1:34 pm
Ketua Polis Daerah disiasat lakukan gangguan seksual terhadap anggotanya
May 18, 2026, 1:31 pm
Agong kurniakan 100 lembu korban, titah agih daging kepada asnaf dan golongan B40
May 18, 2026, 12:32 pm
