TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pegawai kanan polis IPK Selangor maut jatuh bangunan di Vista Alam

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 20 Mei – Polis Selangor mengesahkan kematian seorang pegawai kanan polis lelaki daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di komersial Vista Alam, Seksyen 14, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar memaklumkan bahawa Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat kecemasan berhubung insiden tragis itu kira-kira jam 3.07 pagi.

Pegawai perubatan yang dikerahkan ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Buat masa ini, pihak polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan rasmi laporan bedah siasat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Susulan insiden itu, seluruh warga Polis Selangor menzahirkan ucapan takziah yang mendalam kepada ahli keluarga mendiang/arwah atas kehilangan mengejut tersebut.

Pihak polis turut mengeluarkan amaran tegas dan meminta orang ramai agar tidak menularkan atau menyebarkan sebarang spekulasi tidak berasas di media sosial yang boleh menjejaskan prosiding siasatan serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

+ - reset