Berita Berita
Bayi tujuh bulan meninggal dunia ketika tidur dalam buaian di rumah pengasuh
SEREMBAN 20 Mei – Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika tidur di dalam buaian di sebuah rumah pengasuh di Bandar Sri Sendayan pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Seremban, Azahar Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10 malam.
“Pengadu memaklumkan telah menerima panggilan daripada pengasuh anak lelakinya yang memberitahu bayi berusia berumur tujuh bulan itu tidak sedarkan diri.
“Mangsa kemudiannya telah dibawa ke klinik swasta berhampiran Bandar Sri Sendayan dan seterusnya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar menaiki ambulans,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, doktor yang bertugas dilaporkan telah melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum bayi itu disahkan meninggal dunia.
Hasil siasatan mendapati bayi berkenaan dijaga oleh pengasuh terbabit sejak Disember 2025.
“Ketika kejadian, pengasuh dipercayai menidurkan bayi itu di dalam buaian dengan mulutnya diberikan puting jenis silikon,” katanya.
Beliau berkata, mayat bayi itu dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Menurutnya, pengasuh terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Justeru katanya, orang awam disarankan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini sehingga boleh mengganggu siasatan pihak polis.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana yang terbabit dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.
Berita berkaitan
May 20, 2026, 3:19 pm
'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung' - Tony Pua balas sindiran Asyraf Wajdi
May 20, 2026, 12:59 pm
"Cukup-cukuplah bekerjasama dengan mereka," - Akmal bidas pihak perlekeh titah Sultan
May 20, 2026, 12:40 pm
Guru wanita didakwa lakukan amang seksual terhadap anak murid 14 tahun
May 20, 2026, 12:11 pm
Pegawai kanan polis IPK Selangor maut jatuh bangunan di Vista Alam
May 20, 2026, 12:06 pm
