Berita Berita
"Cukup-cukuplah bekerjasama dengan mereka," - Akmal bidas pihak perlekeh titah Sultan
SHAH ALAM 20 Mei – Pemuda UMNO mendesak agar sebarang bentuk kerjasama politik dengan mana-mana pihak yang didakwa memperlekehkan titah institusi beraja dihentikan serta-merta, susulan kontroversi pertikaian ke atas titah Sultan Selangor membabitkan isu penternakan babi.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan, kelancangan segelintir pihak dalam menyuarakan bantahan terhadap ketetapan istana berkenaan jelas membongkar wajah dan sikap sebenar mereka yang sanggup mengetepikan adab terhadap raja pemerintah demi agenda tertentu.
"Alhamdulillah ALLAH makbulkan doa saya apabila sedikit demi sedikit ALLAH tunjukkan perangai sebenar mereka. Cukup-cukuplah kita nak bekerjasama dengan mereka ini.
"Kalau titah sultan pun sanggup diperlekehkan oleh kerana babi, apa lagi yang lain," katanya menerusi satu hantaran tegas di laman Facebook rasmi beliau, hari ini.
Isu tersebut timbul semula selepas pihak istana memperincikan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal dengan pendirian tegas tidak berkenan terhadap sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di bumi Selangor, sama ada dalam kapasiti berskala besar mahupun kecil.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan menjelaskan, ketetapan baginda itu adalah muktamad berdasarkan pertimbangan faktor kesesuaian guna tanah, isu sanitasi, serta impak risiko pencemaran alam sekitar yang boleh menjejaskan keharmonian dan kepentingan masyarakat awam.
Menurut beliau, titah terbaharu baginda itu kekal konsisten seumpama kenyataan media yang pernah dikeluarkan pihak istana sebelum ini pada 10 Februari lalu.
Sehubungan itu, Dr. Akmal yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, menegaskan bahawa model ketetapan penguatkuasaan serta formula tegas yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Johor sebelum ini berhubung isu sama sewajarnya dicontohi dan diperluaskan ke seluruh negara demi memelihara kedaulatan institusi beraja serta ketenteraman awam.
Berita berkaitan
May 20, 2026, 3:19 pm
'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung' - Tony Pua balas sindiran Asyraf Wajdi
May 20, 2026, 2:02 pm
Bayi tujuh bulan meninggal dunia ketika tidur dalam buaian di rumah pengasuh
May 20, 2026, 12:40 pm
Guru wanita didakwa lakukan amang seksual terhadap anak murid 14 tahun
May 20, 2026, 12:11 pm
Pegawai kanan polis IPK Selangor maut jatuh bangunan di Vista Alam
May 20, 2026, 12:06 pm
