Berita Berita
Dua penjenayah tegar ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan di Kajang
KUALA LUMPUR 26 Mei - Dua penjenayah tegar warga tempatan ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor malam tadi.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kejadian berbalas tembakan antara polis dan suspek berlaku kira-kira jam 9.10 malam.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Lembah Klang.
"Pemeriksaan (di lokasi kejadian) menjumpai sepucuk pistol jenis revolver serta beberapa butir peluru dan kelongsong peluru.
"Turut ditemukan empat bilah parang, peralatan pecah rumah, topeng muka dan sarung tangan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurut beliau, satu sidang media berhubung insiden berkenaan akan diadakan esok.
Berita berkaitan
May 26, 2026, 12:25 pm
Harga maksimum tiket ke Sabah, Sarawak RM499 sempena Gawai, baki kerajaan tanggung - Anthony
May 26, 2026, 11:19 am
MP DAP gesa kerajaan lebih tegas tangani naratif ekstremis, provokasi kaum
May 26, 2026, 11:15 am
Pelaksanaan Pasport Malaysia Antarabangsa versi baharu 1 Jun ini ditangguhkan
May 26, 2026, 11:02 am
Penunggang motosikal maut rempuh kalbat air simen dalam perjalanan pulang ke rumah
May 26, 2026, 10:26 am
Caj jalan Genting Highlands bermula 28 Mei, kereta dikenakan RM5
May 26, 2026, 10:16 am
Wisma Putra sahkan seorang rakyat Malaysia meninggal dunia dalam bangunan runtuh di Filipina
May 26, 2026, 10:02 am
