TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penunggang motosikal maut rempuh kalbat air simen dalam perjalanan pulang ke rumah

By
|
Kongsi
image

KUALA TERENGGANU 26 Mei – Hasrat seorang lelaki untuk pulang ke rumahnya tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu merempuh seunit kalbat air di tepi Jalan Kampung Tanjung Sabtu, Manir di sini, malam tadi.

Dalam insiden tragis yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Alif Yusof, 43, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor memaklumkan bahawa sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sendiri itu dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Kampung Tanjung Sabtu dari arah Kampung Jeram.

Menurut beliau, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda Icon yang dikendalikan mangsa dipercayai tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh kalbat air berbentuk silinder diperbuat daripada simen yang diletakkan di kawasan berkenaan.

Pegawai perubatan yang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan bagaimanapun mengesahkan mangsa telah pun menghembuskan nafas terakhir akibat impak pertembungan kuat tersebut.

Mayat mangsa kemudiannya dialihkan dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini bagi menjalani proses bedah siasat dan tindakan lanjut pihak berkuasa.

+ - reset