TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemuda PAS Perlis gesa Bersatu henti nafi usaha jatuhkan Menteri Besar

By
|
Kongsi
image

KANGAR 3 Jun – Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis menggesa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar berhenti menafikan fakta berhubung penglibatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu dalam usaha menjatuhkan Menteri Besar Perlis daripada PAS.

Ketua Pemuda PAS Perlis, Haziq Asyraf Dun berkata, penafian Biro Politik Bersatu serta pimpinan mereka kononnya tiada ADUN yang menarik sokongan atau menandatangani Akuan Bersumpah (SD) adalah tidak tepat serta bercanggah dengan bukti sedia ada.

Menurut beliau, tiga ADUN PAS yang kini telah terhenti keahlian secara terbuka mengakui telah menandatangani SD bersama ADUN-ADUN Bersatu dalam satu pertemuan rasmi bersama Dewan Harian PAS Pusat pada 21 Disember 2025 yang turut direkodkan dalam minit mesyuarat.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Bersatu yang terus-menerus menafikan perkara itu kerana tindakan membelakangkan fakta yang telah direkodkan hanya akan memanjangkan lagi kemelut dalam Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Beseri menegaskan agar semua pihak berani berterus terang serta bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing demi memulihkan semula kepercayaan rakyat terhadap kerjasama politik yang dibina atas dasar kejujuran.

+ - reset