Berita Berita
Wanita PKR tekad pastikan kemenangan PH di semua DUN Johor - Fadhlina
KUALA LUMPUR 3 Jun – Wanita PKR akan menggerakkan seluruh kekuatan jentera parti di Johor sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk menempatkan wakil mereka sebagai calon di kawasan yang diputuskan parti.
Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, berkata komitmen sayap wanita itu adalah untuk memainkan peranan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), sama ada sebagai calon mahupun jentera bagi memastikan kemenangan semua calon Pakatan Harapan (PH).
"Pada waktu ini, persiapan terbaik sedang rancak berjalan bagi menghadapi PRN Johor.
"Wanita PKR akan memainkan peranan penting di setiap DUN, tidak kira sebagai calon mahupun sebagai sebahagian daripada jentera di akar umbi.
"Paling utama memastikan kemenangan setiap calon PH di PRN Johor," katanya.
Terdahulu, Fadhlina mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Simposium Antarabangsa Kepustakaan, Terjemahan dan Kecerdasan Buatan (LiTr.AI) 2026 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.
Beliau berkata, fokus utama PH ketika ini adalah memastikan calon terbaik diketengahkan untuk berkhidmat kepada rakyat Johor selain memperkukuhkan gerak kerja parti di peringkat akar umbi.
Isnin lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN ke-16 yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Berita berkaitan
June 3, 2026, 8:33 pm
RON97, RON95 dan diesel turun 20 hingga 30 sen
June 3, 2026, 8:22 pm
Polis nafi kehilangan pendaki wanita di Gunung Batu Putih dikaitkan unsur jenayah
June 3, 2026, 8:13 pm
Bomba selamatkan kucing Parsi ekor tersepit spring kerusi urut
June 3, 2026, 3:09 pm
Azam Baki beri keterangan kepada polis, nafi dakwaan Albert Tei
June 3, 2026, 2:28 pm
