Berita Berita
Guru sekolah menengah mengaku tidak bersalah laku amang seksual terhadap dua pelajar lelaki
SETIU 3 Jun - Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Setiu di sini, pada Rabu atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berusia 17 tahun dan 15 tahun.
Tertuduh, Darusalam Ab Rahman, 42, membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan lima pertuduhan membabitkan pelajar lelaki tingkatan lima sementara dua pertuduhan melibatkan pelajar tingkatan tiga.
Bagi dua pertuduhan melibatkan pelajar tingkatan lima, tertuduh didakwa mencium leher mangsa bagi tujuan seksual di dalam sebuah kenderaan di dua lokasi berasingan, pada 11 Mei lalu.
Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat bagi kedua-dua pertuduhan.
Sementara tiga lagi pertuduhan membabitkan pelajar sama, tertuduh didakwa menghantar tiga WhatsApp dengan niat melakukan amang seksual fizikal kepada mangsa pada tiga tarikh iaitu 5 Mei, 8 Mei dan 10 Mei pada masa berbeza.
Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana membabitkan kesalahan pengantunan melalui komunikasi, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan sebat.
Sementara itu bagi dua pertuduhan melibatkan pelajar tingkatan tiga, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual dengan menyuruh mangsa memegang kemaluannya selain tertuduh memegang kemaluan mangsa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah tandas sekolah menengah di daerah Besut.
Kes dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (b) akta yang sama.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Akmal Mohd Jazlee.
Hakim kemudian menetapkan tertuduh dijamin RM22,000 dengan seorang penjamin selain syarat perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan serta saksi.
Sebutan semula kes pada 6 Julai depan di Mahkamah Besut.
Berita berkaitan
June 3, 2026, 8:33 pm
RON97, RON95 dan diesel turun 20 hingga 30 sen
June 3, 2026, 8:22 pm
Polis nafi kehilangan pendaki wanita di Gunung Batu Putih dikaitkan unsur jenayah
June 3, 2026, 8:13 pm
Bomba selamatkan kucing Parsi ekor tersepit spring kerusi urut
June 3, 2026, 3:09 pm
Azam Baki beri keterangan kepada polis, nafi dakwaan Albert Tei
June 3, 2026, 2:45 pm
Wanita PKR tekad pastikan kemenangan PH di semua DUN Johor - Fadhlina
June 3, 2026, 2:28 pm
