TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Azam Baki beri keterangan kepada polis, nafi dakwaan Albert Tei

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 3 Jun - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan beliau telah hadir ke Bukit Aman bagi memberikan keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan yang dibuat oleh ahli perniagaan, Albert Tei.

Difahamkan, Azam tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 9 pagi dan meluangkan hampir dua jam bagi menjawab soalan daripada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Menurut beliau, sepanjang proses rakaman percakapan itu, kerjasama penuh telah diberikan kepada pihak polis selain menafikan semua dakwaan yang dikemukakan oleh Albert Tei.

“Saya memberitahu polis saya tidak pernah bertemu dengan Albert Tei atau membuat sebarang urusan dengannya. Saya juga memaklumkan saya tidak pernah menghantar mana-mana peguam untuk bertemu dengan mana-mana pihak. Saya juga mengemukakan bukti kepada penyiasat bahawa saya tidak pernah bertemu dengan Albert Tei atau berurusan secara langsung dengannya,” katanya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan PDRM dijangka merakam percakapan Azam dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Albert Tei.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar dilaporkan berkata, Albert Tei telah membuat laporan polis pada 13 Mei lalu dengan mendakwa beliau diugut melalui peguamnya.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang berkaitan kesalahan ugutan jenayah.

+ - reset