Berita Viral
'Mustahil PBT tak tahu' - Netizen persoal peranan pihak berkuasa, warga asing selamba jual sireh, rokok di kawasan kaki lima di KL
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 3 Jun – Tindakan seorang lelaki warga asing yang menjual sireh dan rokok di kaki lima sekitar ibu kota mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas video mengenainya tular di media sosial.
Menerusi rakaman berdurasi singkat itu, lelaki berkenaan dilihat duduk di tepi laluan pejalan kaki sambil menjual beberapa barangan termasuk sireh dan rokok secara terbuka.
Keadaan tersebut dipercayai berlaku di kawasan awam sekitar Kuala Lumpur, dipercayai tidak mempunyai lesen yang sah.
Rata‑rata pengguna media sosial kurang senang dengan aktiviti perniagaan di ruang pejalan kaki yang dilihat tidak teratur dan mengganggu aliran lalu lintas.
Jualan oleh kalangan warga asing tersebut terut memberi gambaran buruk terhadap imej ibu negara.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Seorang pengguna, Abdul Haimin mengulas keadaan kawasan yang kotor dibandingkan dengan dahulu.
"Dulu tahun 1998 jejak sini okay ja bersih, sekarang dah macam kandang khinzir berlendir, kotor, busuk," katanya.
Pengguna media sosial, Hafiz Rafiz menyatakan kebimbangannya terhadap pendatang asing tanpa izin ini.
“Rakyat kena bersatu halau semua pendatang-pendatang asing ni,” tulisnya
Orang ramai turut berharap tindakan lebih tegas diambil bagi memastikan kawasan awam tidak disalah guna untuk aktiviti perniagaan tanpa lesen.
Setakat ini belum ada reaksi rasmi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkaitan rakaman berkenaan.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
