Berita Berita
Lelaki ditahan ketika leka curi kabel landasan kereta api di Klang
KLANG 7 Jun – Tindakan seorang lelaki dipercayai mencuri kabel di kawasan landasan kereta api berakhir dengan penahanannya dalam satu operasi di Kilometer (KM) 36.215 Downline Klang, semalam.
Suspek ditahan kira-kira pukul 1.15 tengah hari selepas anggota Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menjalankan rondaan bersama Pasukan Taskforce D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat mengenai gangguan litar landasan di lokasi berkenaan.
Menurut KTMB, pasukan berkenaan segera ke lokasi sebelum mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang merentap dan memotong kabel di kawasan landasan.
“Suspek berjaya ditahan hasil tindakan pantas anggota Polis Bantuan KTMB dengan bantuan Pasukan Taskforce D4 JSJ IPD Klang Selatan.
“Hasil pemeriksaan menemui beberapa gulung kabel serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan tersebut,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya.
Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut yang dijalankan pasukan teknikal mengesahkan gangguan litar landasan berkenaan berpunca daripada kegiatan mencuri kabel tersebut.
Katanya, suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Kes berkenaan kini dalam siasatan bagi mengenal pasti sama ada suspek terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di lokasi lain yang boleh menjejaskan operasi serta keselamatan perkhidmatan kereta api.
Berita berkaitan
June 27, 2026, 12:05 pm
Kerajaan kaji dasar reklamasi air negara demi tampung keperluan pusat data
June 27, 2026, 11:51 am
Onn Hafiz sedia berjuang habis-habisan hadapi saingan dua penjuru di DUN Machap
June 27, 2026, 10:37 am
Proses penamaan calon PRN Johor selesai, tempoh berkempen 14 hari bermula secara rasmi
June 27, 2026, 10:28 am
Dua pelajar maut terperangkap dalam BMW terbakar di Lebuhraya Duke
June 26, 2026, 7:48 pm
Bom lama ditemui di Lapangan Terbang Labuan, operasi tergendala
June 26, 2026, 6:16 pm
Kerajaan percepat bina rumah sewa mampu milik untuk penjawat awam - Anwar
June 26, 2026, 5:34 pm
Mahkamah tolak semakan, Isa Samad kekal dipenjara enam tahun, denda RM15.45 juta
June 26, 2026, 5:03 pm
