Berita Berita
Hubungan dingin PAS-BERSATU: Anwar nafi ura-ura BERSATU sertai PH
TOKYO 10 Jun – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mendengar sebarang ura-ura berhubung kemungkinan BERSATU bakal menyertai gabungan itu susulan tindakan PAS memutuskan hubungan dengan parti berkenaan.
Anwar berkata, pendekatan politik Kerajaan Perpaduan ketika ini adalah berasaskan rundingan dan prinsip kerjasama yang kukuh, bukannya percaturan politik bertukar rakan kongsi secara sewenang-wenangnya.
"Tak ada lagi, ura-ura pun tak ada. Kita ini perkahwinan politik nak cerai, talak, kahwin itu bagi saya bukan cara kitalah," katanya dalam sidang media sempena penutup lawatan rasmi tiga hari beliau ke Jepun, hari ini.
Beliau mengulas laporan mengenai spekulasi bahawa BERSATU mungkin cuba mendekati PH selepas PAS secara rasmi mengumumkan penamatan kerjasama politik antara kedua-dua parti tersebut baru-baru ini.
Anwar yang juga Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan kekal utuh, tuntas, dan berfungsi dengan baik menerusi komitmen konsisten daripada semua pimpinan Jemaah Menteri.
Beliau turut menegaskan tidak akan terlibat dalam mana-mana langkah yang boleh dianggap sebagai mengkhianati rakan gabungan sedia ada demi menjaga kestabilan politik negara, selain menyerahkan dinamika politik peringkat negeri kepada kebijaksanaan kepimpinan tempatan masing-masing.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 11:20 am
Agong tarik balik gelaran 'Tan Sri' Isa Samad susulan sabitan rasuah
June 10, 2026, 9:17 pm
Pendulang emas ditemukan lemas di Gua Musang, dipercayai diserang sawan
June 10, 2026, 9:14 pm
JIM serbu enam premis dikendalikan warga asing di Sepang
June 10, 2026, 9:09 pm
Pelajar sekolah cedera terjatuh tingkat empat di Pontian
June 10, 2026, 9:05 pm
Lelaki Rohingya ditahan JPJ, selamba tunggang motosikal tanpa lesen
June 10, 2026, 7:10 pm
Kes ugut NFA, Azam Baki bersyukur kebenaran akhirnya terbukti
June 10, 2026, 6:47 pm
‘Flat haram’ di Sungai Tekali akan dirobohkan
June 10, 2026, 6:34 pm
Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan Changkat Lada
June 10, 2026, 6:10 pm
