Berita Berita
JIM serbu enam premis dikendalikan warga asing di Sepang
SEPANG 10 Jun – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya membongkar taktik beberapa premis perniagaan di sini yang dioperasikan sepenuhnya oleh warga asing dengan menggunakan lesen milik warganegara tempatan.
Dalam operasi bersepadu oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya yang bermula jam 10.20 pagi semalam, sebanyak enam premis perniagaan merangkumi kedai runcit dan pasar raya mini di kawasan tumpuan warga asing telah diperiksa.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 13 warga asing ditahan selepas dikesan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja dan menjalankan aktiviti perniagaan di premis berkenaan. Mereka yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita warga Indonesia, serta tiga lelaki warga Bangladesh.
"Modus operandi kebanyakan perniagaan ini disyaki menggunakan lesen perniagaan yang didaftarkan atas nama warganegara Malaysia tetapi dioperasikan sepenuhnya oleh warga asing. Ia termasuk pembayaran dalam talian yang menggunakan kod respon pantas (QR) ke akaun bank pemilik yang disyaki warga asing," katanya dalam kenyataan malam ini.
Pemeriksaan lanjut turut mendapati sebahagian premis berkenaan sengaja menjual produk dan barangan runcit khusus yang dibawa masuk dari luar negara untuk pasaran pelanggan warga asing, terutamanya komuniti Bangladesh.
Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melanggar peraturan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 11:20 am
Agong tarik balik gelaran 'Tan Sri' Isa Samad susulan sabitan rasuah
June 10, 2026, 9:17 pm
Pendulang emas ditemukan lemas di Gua Musang, dipercayai diserang sawan
June 10, 2026, 9:09 pm
Pelajar sekolah cedera terjatuh tingkat empat di Pontian
June 10, 2026, 9:05 pm
Lelaki Rohingya ditahan JPJ, selamba tunggang motosikal tanpa lesen
June 10, 2026, 8:58 pm
Hubungan dingin PAS-BERSATU: Anwar nafi ura-ura BERSATU sertai PH
June 10, 2026, 7:10 pm
Kes ugut NFA, Azam Baki bersyukur kebenaran akhirnya terbukti
June 10, 2026, 6:47 pm
‘Flat haram’ di Sungai Tekali akan dirobohkan
June 10, 2026, 6:34 pm
Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan Changkat Lada
June 10, 2026, 6:10 pm
