TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar sekolah cedera terjatuh tingkat empat di Pontian

By
|
Kongsi
image

PONTIAN 10 Jun – Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun dilaporkan cedera selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah sekolah persendirian Cina di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, pihak polis menerima laporan mengenai insiden tersebut kira-kira jam 9 pagi dan telah mengaktifkan siasatan segera di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur buli atau jenayah yang menyebabkan mangsa terjatuh namun kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, mangsa terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah berkenaan sebelum tubuhnya menembusi laluan berbumbung dan mendarat di kawasan lantai bawah.

Sementara itu, pihak pengurusan sekolah memaklumkan bahawa mekanisme tindak balas kecemasan telah diaktifkan serta-merta bagi menghubungi ambulans untuk membawa pelajar terbabit ke hospital. Ibu bapa mangsa juga telah dimaklumkan, dan pihak sekolah memberi kerjasama penuh kepada polis untuk siasatan lanjut.

+ - reset