Berita Berita
Pendulang emas ditemukan lemas di Gua Musang, dipercayai diserang sawan
GUA MUSANG 10 Jun – Kematian seorang pendulang emas yang ditemukan lemas di Sungai Kampung Pulai, Padang Maling di sini malam semalam, dipercayai berpunca daripada serangan sawan yang dihidapinya.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa, Mohamad Tarmizi Darwis, 35, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam kira-kira jam 11 malam, sebelum pihak polis menerima laporan rasmi pada jam 12.28 tengah malam tadi.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa berkemungkinan besar mengalami kekurangan oksigen akibat diserang sawan ketika sedang leka mendulang emas di dalam sungai berkenaan.
“Hasil pemeriksaan, keadaan lidah mangsa yang tergigit merupakan antara petunjuk lelaki itu mungkin mengalami serangan sawan sebelum lemas. Maklumat daripada keluarga juga mengesahkan mangsa mempunyai sejarah penyakit sawan dan sering mengalami serangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pemeriksaan fizikal pada tubuh mangsa serta kawasan sekitar lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah atau kecederaan mencurigakan. Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sebelum kejadian menyayat hati itu, isteri mangsa, Nur Shafiqa Hani Mohd. Zuki, 30, berkongsi bahawa anak sulung mereka, Nur Annisa Syuhada, 15, ada menceritakan tentang mimpinya melihat sang bapa lemas di sungai pada malam sebelum kejadian tersebut benar-benar berlaku.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 11:20 am
Agong tarik balik gelaran 'Tan Sri' Isa Samad susulan sabitan rasuah
June 10, 2026, 9:14 pm
JIM serbu enam premis dikendalikan warga asing di Sepang
June 10, 2026, 9:09 pm
Pelajar sekolah cedera terjatuh tingkat empat di Pontian
June 10, 2026, 9:05 pm
Lelaki Rohingya ditahan JPJ, selamba tunggang motosikal tanpa lesen
June 10, 2026, 8:58 pm
Hubungan dingin PAS-BERSATU: Anwar nafi ura-ura BERSATU sertai PH
June 10, 2026, 7:10 pm
Kes ugut NFA, Azam Baki bersyukur kebenaran akhirnya terbukti
June 10, 2026, 6:47 pm
‘Flat haram’ di Sungai Tekali akan dirobohkan
June 10, 2026, 6:34 pm
Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan Changkat Lada
June 10, 2026, 6:10 pm
