Berita Berita
Penempatan Rohingya di Hulu Langat mula dirobohkan pemilik tanah
HULU LANGAT 13 Jun – Struktur bangunan yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menjadi penempatan etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau di sini, akhirnya mula dirobohkan oleh pemilik tanah sendiri hari ini.
Menurut seorang bekas penghuni di kawasan berkenaan, kerja-kerja perobohan struktur binaan tersebut telah mula digerakkan sejak jam 9.00 pagi tadi, melibatkan beberapa unit bangunan yang telah dikosongkan terlebih dahulu.
Tinjauan Kosmo! yang dilakukan di lokasi sekitar jam 4.00 petang mendapati jentera berat sedang giat menjalankan kerja-kerja meruntuhkan bahagian belakang bangunan empat tingkat yang sebelum ini padat didiami warga asing. Suasana di penempatan itu juga dilaporkan lengang dan sepi selepas keseluruhan bangunan terbabit dikosongkan sepenuhnya oleh para penghuni.
Proses perobohan bangunan seakan flat empat tingkat yang pernah menjadi perhatian ramai itu difahamkan akan dilaksanakan secara berperingkat selepas premis dikosongkan secara total sebagai langkah keselamatan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd. Aziz menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau mengesahkan operasi perobohan berkenaan sedang berjalan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
“Kerja perobohan struktur di kawasan tersebut sedang dilaksanakan oleh pemilik tanah sendiri dan kini berada dalam proses pelaksanaan. Ia termasuk bangunan seakan-akan flat empat tingkat itu, namun pemilik tanah memulakan kerja perobohan di bahagian belakang terlebih dahulu,” jelasnya.
Sebelum ini, kawasan penempatan tersebut menjadi tular dan menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak selepas dikesan dihuni oleh komuniti warga asing yang ramai. Isu berkenaan menjadi semakin serius apabila struktur bangunan terbabit didapati dibina tanpa mendapat sebarang kelulusan sah di atas sebahagian tanah persendirian serta menceroboh kawasan rizab kerajaan.
Berita berkaitan
June 14, 2026, 1:18 am
9 SM Teknik kini dijenama sebagai Sekolah Berasrama Penuh Teknikal - Fadhlina
June 13, 2026, 5:49 pm
Kewujudan 'tumbler' sorok vape: AADK gesa ibu bapa lebih peka barangan anak
June 13, 2026, 5:29 pm
Isu salah laku seksual: KPM arah JPN, PPD bertindak tegas tanpa tunggu tular
June 13, 2026, 5:03 pm
Hamzah Zainudin umum tubuh Parti Wawasan Negara, nama diilhamkan Abdul Hadi
June 13, 2026, 12:24 pm
Hilang sejak Rabu, mayat lelaki ditemui terapung tersangkut pada timbunan kayu
June 13, 2026, 12:12 pm
'Himpunan Gegar TikTok' singgah pejabat TikTok suarakan isu pencipta kandungan
June 12, 2026, 11:41 am
