TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

9 SM Teknik kini dijenama sebagai Sekolah Berasrama Penuh Teknikal - Fadhlina

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 14 Jun - Semua sembilan Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh negara kini dijenamakan semula kepada Sekolah Berasrama Penuh Teknikal (SBP-T).

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dengan sembilan sekolah terbabit kini diserahkan di bawah pentadbiran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), Kementerian Pendidikan (KPM).

Sembilan sekolah terbabit ialah SMT Alor Setar di Kedah, SMT Tunku Abdul Rahman Putra di Pulau Pinang, SMT Cheras di Kuala Lumpur, SMT Tuanku Jaa'far di Negeri Sembilan, SMT Bukit Piatu di Melaka, SMT Kuala Terengganu di Terengganu, SMT Kuantan di Pahang, SMT Johor Bahru di Johor dan SMT Sejingkat di Sarawak.

Menurut Fadhlina langkah pemindahan operasi itu bukan sekadar satu transformasi pentadbiran, sebaliknya strategi dirancang teliti bagi memartabatkan Pendidikan Latihan Teknisal dan Vokasional (TVET) ke tahap lebih tinggi.

"Langkah ini akan memberi fokus kepada kecemerlangan akademik dan teknikal berprestasi tinggi, sekali gus meletakkan status SBP-T setaraf dengan sekolah berasrama penuh (SBP) sedia ada di seluruh negara," katanya melalui FAcebook.

Jelas Fadhlina, menerusi usaha pengstrukturan baharu itu, peranan SBP-T akan terus diperkasakan bagi melahirkan modal insan cemerlang dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Langkah proaktif itu juga mampu memenuhi unjuran dan keperluan tenaga kerja mahir serta profesional negara pada masa hadapan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

+ - reset