Berita Berita
Pendaki wanita patah kaki di Bukit Fraser, bomba ambil masa 18 jam bawa turun mangsa
RAUB 14 Jun – Keterujaan sekumpulan 20 pendaki melakukan aktiviti mendaki di Bukit Fraser berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan dipercayai patah kaki akibat terjatuh ketika pendakian semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.13 tengah hari semalam itu, mangsa Salina Zainal Abidin, 43, mengalami patah kaki kanan ketika melakukan pendakian ke puncak setinggi 1,505 meter.
Operasi menyelamat mangsa juga begitu mencabar apabila pihak bomba terpaksa melakukan pendakian sejauh 2.7 kilometer untuk sampai ke lokasi mangsa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.06 tengah hari semalam hanya berjaya membawa mangsa turun sepenuhnya pada pukul 7.00 pagi hari ini.
“Pasukan bomba sampai di kaki bukit dan perlu menaiki bukit sejauh 2.7 kilometer yang mengambil masa selama tiga jam untuk sampai. Anggota bomba membawa turun mangsa dengan mendukung, memapah dan mengangkat menggunakan pengusung susulan laluan trek yang berbukit,” katanya di sini hari ini.
Beliau menambah bahawa mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Raub bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Berita berkaitan
June 14, 2026, 10:01 pm
Nishan cipta sejarah, pemain warisan Malaysia pertama beraksi di Piala Dunia
June 14, 2026, 7:43 pm
Fenomena El Niño diramal bawa cuaca panas dan kering berpanjangan hingga awal tahun depan
June 14, 2026, 7:30 pm
Pekerja kios telekomunikasi rugi RM3,000, polis buru pencuri beg laptop di Setapak Sentral
June 14, 2026, 7:27 pm
PRN Negeri Sembilan: BERSAMA sasar 50% calon wanita, 70% calon bawah usia 50 tahun
June 14, 2026, 7:23 pm
Ops Pewa: Rohingya dikesan sewa kenderaan tempatan jadi teksi, bawa barang tanpa lesen
June 14, 2026, 2:44 pm
Hijrah Selangor lancar HIGHub, sasar bangunkan 4,000 usahawan menjelang 2030
June 14, 2026, 1:17 pm
Ahmad Zahid alu-alukan parti baharu, harap tidak pecah-belahkan orang Melayu
June 14, 2026, 1:14 pm
