Berita Berita
PRN Negeri Sembilan: BERSAMA sasar 50% calon wanita, 70% calon bawah usia 50 tahun
SEREMBAN 14 Jun – Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) meletakkan sasaran untuk menampilkan 50 peratus calon wanita serta 70 peratus calon yang berusia 50 tahun ke bawah bagi menghadapi mana-mana pilihan raya akan datang, termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Pengerusi BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, keputusan parti itu untuk bergerak secara solo tanpa terikat atau bergabung dengan mana-mana blok politik sedia ada memberikan mereka kelebihan untuk menamakan barisan calon dengan lebih mudah.
Beliau menjelaskan, BERSAMA sehingga kini masih membuka peluang dan permohonan secara terbuka menerusi platform dalam talian kepada mana-mana individu yang berminat untuk menawarkan diri sebagai calon parti itu bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan.
"Kita sedaya upaya tampilkan seberapa ramai calon wanita. Cuma kita perlukan calon wanita berkelayakan daripada Melayu, Cina dan India... tampil ke depan dan jadi calon kami. Ini yang kita bincang, kita nak 70 peratus daripada calon BERSAMA bawah 50 tahun," katanya ketika berucap pada program Jelajah Kancil Negeri Sembilan di sini, malam tadi.
Rafizi menambah, proses penyenaraian calon menjadi lebih fleksibel apabila parti tidak perlu melalui rundingan kerusi yang rumit dengan parti komponen lain, walaupun mereka tetap perlu berhati-hati dalam memadankan profil calon mengikut demografi kaum di sesebuah kawasan DUN.
Beliau sempat berseloroh agar golongan veteran tidak berkecil hati dengan strategi tersebut memandangkan kuota 30 peratus yang diperuntukkan untuk calon berusia atas 50 tahun masih dianggap besar sekiranya parti itu memutuskan untuk bertanding di kesemua kerusi.
Dalam pada itu, Rafizi mengesahkan bahawa keahlian BERSAMA kini telah mencecah kira-kira 25,000 orang dalam tempoh yang singkat, dan secara berseloroh menganggap mereka yang menyertai parti itu sebagai 'gila' kerana berani memilih wadah baharu yang tidak diterajui oleh figura besar politik tanah air.
"Saya sebenarnya tak pernah terfikir ada orang nak masuk parti BERSAMA ini masa kita lancarkan tiga minggu lepas sebab saya rasa orang gila sahaja yang masuk parti ini. Sebab parti ini lawan semua parti, bukan ada nama besar pun. Nampak macam parti orang gila," katanya lagi.
Berita berkaitan
June 14, 2026, 10:01 pm
Nishan cipta sejarah, pemain warisan Malaysia pertama beraksi di Piala Dunia
June 14, 2026, 7:43 pm
Fenomena El Niño diramal bawa cuaca panas dan kering berpanjangan hingga awal tahun depan
June 14, 2026, 7:30 pm
Pekerja kios telekomunikasi rugi RM3,000, polis buru pencuri beg laptop di Setapak Sentral
June 14, 2026, 7:23 pm
Ops Pewa: Rohingya dikesan sewa kenderaan tempatan jadi teksi, bawa barang tanpa lesen
June 14, 2026, 2:44 pm
Hijrah Selangor lancar HIGHub, sasar bangunkan 4,000 usahawan menjelang 2030
June 14, 2026, 1:17 pm
Ahmad Zahid alu-alukan parti baharu, harap tidak pecah-belahkan orang Melayu
June 14, 2026, 1:14 pm
Isu buli dan jenayah seksual: Tiada istilah jaga imej institusi, dedah sahaja — Asyraf Wajdi
June 14, 2026, 1:09 pm
