Berita Berita
Nishan cipta sejarah, pemain warisan Malaysia pertama beraksi di Piala Dunia
KUALA LUMPUR: Seorang pemain bola sepak yang mempunyai pertalian darah dengan Malaysia mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama berketurunan Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia.
Pemain sayap Australia, Nishan Velupillay, mencatat detik bersejarah itu ketika membantu skuad Socceroos menewaskan Turkiye 2-0 dalam aksi Kumpulan D di Stadium BC Place, Vancouver.
Pemain berusia 25 tahun kelahiran Melbourne itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-61 bagi menggantikan penjaring gol Australia, Nestory Irankunda, sekali gus menandakan penampilan sulungnya di kejohanan bola sepak paling berprestij dunia itu.
Nishan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menerusi bapanya, Sasinath Velupillay, yang merupakan rakyat Malaysia berketurunan Tamil Sri Lanka. Ibunya, Gillian Velupillay pula berketurunan Anglo-India.
Perjalanan karier Nishan bermula menerusi program pembangunan remaja kelab Melbourne Victory sebelum berjaya menembusi skuad utama dan muncul penjaring terbanyak pasukan itu bagi musim 2024-2025.
Prestasi cemerlangnya membuka pintu untuk menyertai skuad kebangsaan Australia apabila membuat penampilan antarabangsa pertama dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang China pada Oktober 2024.
Walaupun memulakan perlawanan dari bangku simpanan, Nishan mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol sulung antarabangsa hanya tujuh minit selepas dimasukkan, sekali gus membantu Australia mencatat kemenangan 3-1.
Sejak itu, pemain tersebut terus membuktikan kemampuannya apabila meledak tiga gol dalam tujuh penampilan antarabangsa pertama sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia, sekali gus membalas kepercayaan yang diberikan pengendali Australia, Tony Popovic.
Difahamkan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pernah berusaha memujuk Nishan untuk menyarung jersi Harimau Malaya beberapa tahun lalu, namun pemain berkenaan memilih untuk mewakili Australia di pentas antarabangsa.
Berita berkaitan
June 14, 2026, 7:43 pm
Fenomena El Niño diramal bawa cuaca panas dan kering berpanjangan hingga awal tahun depan
June 14, 2026, 7:30 pm
Pekerja kios telekomunikasi rugi RM3,000, polis buru pencuri beg laptop di Setapak Sentral
June 14, 2026, 7:27 pm
PRN Negeri Sembilan: BERSAMA sasar 50% calon wanita, 70% calon bawah usia 50 tahun
June 14, 2026, 7:23 pm
Ops Pewa: Rohingya dikesan sewa kenderaan tempatan jadi teksi, bawa barang tanpa lesen
June 14, 2026, 2:44 pm
Hijrah Selangor lancar HIGHub, sasar bangunkan 4,000 usahawan menjelang 2030
June 14, 2026, 1:17 pm
Ahmad Zahid alu-alukan parti baharu, harap tidak pecah-belahkan orang Melayu
June 14, 2026, 1:14 pm
Isu buli dan jenayah seksual: Tiada istilah jaga imej institusi, dedah sahaja — Asyraf Wajdi
June 14, 2026, 1:09 pm
