Berita Berita
Ibu tiri didakwa bunuh anak empat tahun
JOHOR BAHRU 16 Jun – Seorang wanita warga asing berusia 23 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam atas pertuduhan membunuh anak tirinya yang baru berusia empat tahun di sebuah kediaman di Taman Perling di sini, awal bulan ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad memaklumkan bahawa insiden tersebut bermula apabila mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ibu tirinya pada jam kira-kira 4.23 petang, 2 Jun lalu. Wanita itu kemudiannya bertindak menghubungi ambulans, namun kanak-kanak berkenaan disahkan telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.
Siasatan awal pihak polis pada mulanya tidak menemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada tubuh mangsa, menyebabkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Bagaimanapun, hasil bedah siasat yang dijalankan pada 3 Jun mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan tumpul pada bahagian dada (blunt trauma to the chest), sekali gus menyebabkan kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tiga warga asing ditahan
Rentetan daripada laporan bedah siasat berkenaan, pihak polis telah menahan tiga warga asing dalam serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada 3 Jun. Mereka yang ditahan melibatkan bapa kandung mangsa (22 tahun), bapa saudara mangsa (32 tahun), serta ibu tirinya.
Hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, selain ujian saringan air kencing juga menunjukkan keputusan negatif dadah. Mahkamah kemudiannya membenarkan perintah reman ke atas kesemua mereka dari 3 hingga 17 Jun.
Tuduhan bunuh, dua dibebaskan jadi saksi
Setelah kertas siasatan lengkap dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, arahan dikeluarkan untuk menuduh ibu tiri mangsa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan minimum 12 kali jika tidak dihukum mati.
Sementara itu, bapa kandung dan bapa saudara mangsa pula dibebaskan dan akan dijadikan saksi pendakwaan dengan bon jaminan di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di mahkamah semalam (15 Jun). Tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan dan kini ditempatkan di Penjara Simpang Renggam sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 18 Jun ini.
Datuk Ab Rahaman turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak mengikut emosi dan menegaskan pihak polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjenayah, walaupun melibatkan ahli keluarga terdekat mangsa.
Berita berkaitan
June 16, 2026, 4:13 pm
Remaja perempuan 15 tahun hilang selepas dikesan tidak hadir ke sekolah
June 16, 2026, 4:05 pm
Latihan baling grenad berdarah: TDM sahkan identiti dua anggota maut di Kem Hobart
June 16, 2026, 3:59 pm
Dua anggota tentera maut terkena bom ketika latihan di Kem Hobart
June 16, 2026, 1:04 pm
Tuduhan pelarian Rohingya dilayan tidak berperikemanusiaan adalah tidak benar - KDN
June 16, 2026, 12:51 pm
177 premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup, isu tikus dan makhluk perosak jadi punca utama
June 16, 2026, 12:43 pm
Pelajar tingkatan dua maut, motosikal rempuh ambulans di persimpangan
June 16, 2026, 10:31 am
