Berita Berita
'Hanya Butterworth berani, hidup bebas dan harmoni' - Guan Eng bangga jualan daging babi besar-besaran tarik 2,000 pengunjung, 60 babi habis dijual dalam dua jam
BUTTERWORTH 16 Jun – Program promosi penjualan daging babi sempena sambutan Festival Duanwu (Pesta Perahu Naga) di Butterworth mencatat sambutan luar biasa apabila daging daripada 60 ekor babi habis dijual dalam tempoh hanya dua jam pada 14 Jun lalu.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, kejayaan program yang memasuki tahun keempat penganjurannya itu membuktikan masyarakat di Butterworth bebas mengamalkan budaya serta cara hidup masing-masing dalam suasana harmoni.
“Tempat lain mungkin tidak mahu, tidak boleh atau tidak berani menganjurkan promosi besar-besaran daging babi, tetapi Butterworth berani melakukannya.
“Menyambut Festival Duanwu (Pesta Perahu Naga) dengan maruah, dan membeli daging babi juga dengan maruah.
“Memasuki tahun keempat penganjurannya, program ‘Promosi Daging Babi, Sambut Duanwu Dengan Gembira’ yang diadakan pada 14 Jun lalu berjaya menarik sambutan hangat.
“Dalam tempoh hanya dua jam, kira-kira 2,000 pengunjung membeli habis daging daripada 60 ekor babi yang dijual,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial dalam bahasa Cina yang diterjemahkan menggunakan aplikasi ChatGPT.
Menurut Guan Eng, walaupun program itu pernah menerima bantahan kerana melibatkan penjualan daging babi di tempat awam, beliau berpendapat membeli dan memakan daging babi merupakan hak serta kebebasan rakyat yang perlu dihormati.
Beliau berkata, atas dasar itu beliau mengambil keputusan untuk meneruskan program berkenaan dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi menyokong penganjurannya.
Katanya, Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan budaya perlu menghormati pilihan rakyat berdasarkan kepercayaan agama, tradisi budaya serta cara hidup masing-masing selagi tidak melanggar undang-undang.
“Selagi sesuatu aktiviti itu mematuhi undang-undang serta dijalankan dalam suasana harmoni dan saling menghormati, ia tidak seharusnya dipersoalkan secara tidak munasabah,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihak penganjur telah memperoleh permit daripada polis serta kelulusan daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sebelum program tersebut dilaksanakan.
Menurutnya, masyarakat Cina membeli dan memakan daging babi bukanlah satu kesalahan, sama seperti pemasangan tanglung sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
“Yang benar-benar salah adalah perbuatan melanggar undang-undang seperti rasuah dan rompakan. Jika sesuatu itu tidak salah, maka kita harus berani melakukannya,” katanya.
Program promosi itu berlangsung di gelanggang bola keranjang berbumbung Tokong Tua Pek Kong, Taman Selat, Butterworth dan mendapat sambutan menggalakkan apabila ada pengunjung mula beratur seawal jam 4.40 pagi.
Guan Eng berkata, program berkenaan dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan dengan kerjasama Pasukan Sukarelawan Tang Lung Taman Baru Butterworth.
“Sebanyak 20 gerai mengambil bahagian menjual daging daripada 60 ekor babi. Daging yang dijual ditawarkan pada harga RM10 lebih murah bagi setiap kilogram berbanding harga pasaran.
“Pembelian hanya dibuka kepada warganegara bukan Islam yang memiliki MyKad, dengan had maksimum empat kilogram seorang, manakala bahagian perut babi dihadkan kepada satu kilogram bagi setiap pembeli,” katanya.
Berita berkaitan
June 16, 2026, 4:13 pm
Remaja perempuan 15 tahun hilang selepas dikesan tidak hadir ke sekolah
June 16, 2026, 4:05 pm
Latihan baling grenad berdarah: TDM sahkan identiti dua anggota maut di Kem Hobart
June 16, 2026, 3:59 pm
Dua anggota tentera maut terkena bom ketika latihan di Kem Hobart
June 16, 2026, 1:04 pm
Tuduhan pelarian Rohingya dilayan tidak berperikemanusiaan adalah tidak benar - KDN
June 16, 2026, 12:51 pm
177 premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup, isu tikus dan makhluk perosak jadi punca utama
June 16, 2026, 12:43 pm
Pelajar tingkatan dua maut, motosikal rempuh ambulans di persimpangan
June 16, 2026, 12:31 pm
Ibu tiri didakwa bunuh anak empat tahun
June 16, 2026, 10:31 am
