TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Tak sayang nyawa' - Remaja lakukan aksi 'wheelie ekstrem' undang kecaman netizen

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

KUALA LUMPUR 22 Jun – Satu rakaman video yang memaparkan aksi berbahaya penunggang motosikal melakukan “wheelie” sambil pemboncengnya berada dalam posisi berbahaya di bahagian belakang tular di media sosial dan mencetuskan kebimbangan ramai.

Dalam video berkenaan, motosikal dilihat ditunggang secara laju dengan bahagian hadapan diangkat tinggi, manakala pembonceng menyandarkan badan ke belakang sehingga kepalanya berada dalam posisi berhampiran dengan jalan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan individu terlibat, malah ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai terlalu berbahaya dan boleh mengundang kecederaan serius atau kemalangan maut.

“Kalau jatuh memang boleh cedera parah, terutama bahagian leher dan kepala,” antara komen netizen yang turut menasihatkan agar tidak menjadikan aksi seperti itu sebagai hiburan di jalan raya.

Seorang pengguna media sosial, fathimazahara_, menasihatkan orang ramai supaya tidak meniru aksi tersebut kerana ia boleh membawa padah.

“Aduh, yang lain tolong jangan ikut aktiviti macam ni. Kita dalam negara sendiri, populasi dah makin sikit, banyak lagi anak orang asing dari warganegara sendiri.

"Yang memang anak asal sini buat nyawa macam bateri telefon pulak kalau sikit boleh cas. Adoi la ,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi netizen, shauftyxo turut mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai perbuatan membahayakan diri sendiri serta membebankan pihak hospital.

“Konon hobi mahal sangat, motor bukan main. Bila dah tergolek tepi jalan, patah tangan patah kaki, hospital kerajaan jugak dicari,” tulisnya.

Setakat ini, lokasi sebenar kejadian dan identiti individu terlibat belum dapat dipastikan. Namun video tersebut terus mendapat perhatian dan perkongsian meluas di platform media sosial.

Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak melakukan aksi berbahaya demi kandungan media sosial.

+ - reset