Berita Viral
(VIDEO) Kotor! Burung merpati berkeliaran makan makanan pesakit, netizen malu nak mengaku hospital dalam Malaysia
Oleh AZIM SAID
KLANG 8 Jun – Sebuah wad hospital di Klang menjadi perhatian selepas rakaman memaparkan beberapa ekor burung merpati berkeliaran di dalam kawasan rawatan pesakit tular di media sosial, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai aspek kebersihan fasiliti berkenaan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, wad berkenaan didakwa sesak dengan penambahan katil melebihi kapasiti asal selain berdepan masalah kebersihan apabila burung merpati dilihat memasuki ruang wad.
Menurut pengguna terbabit, burung-burung tersebut bukan sahaja berada di dalam wad, malah didakwa memakan makanan pesakit dan meninggalkan najis di beberapa kawasan.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang meluahkan kebimbangan terhadap tahap kebersihan dan keselamatan pesakit.
Seorang pengguna, aisya_lims, berkata keadaan itu tidak sepatutnya berlaku di sebuah fasiliti kesihatan.
“Buat sesuatu. Jangan cakap tak cukup bajet nak naik taraf hospital ni. Kesian pesakit, najis burung merpati bukan merbahaya ke? Tak kan KKM tak kisah sampai macam tu?” katanya.
Sementara itu, suenoah_12 mendakwa masalah kemudahan di hospital kerajaan bukan lagi perkara baharu.
“Tak pelik pun. Memang hospital kerajaan macam ni. Jangan kata aircond, kipas pun tahun bila entah,” katanya.
Seorang lagi pengguna, kemaniie_, menegaskan kos rawatan yang rendah atau bersubsidi tidak seharusnya dijadikan alasan untuk membiarkan pesakit dirawat dalam persekitaran yang tidak sesuai.
“Kami tetap manusia dan berhak mendapat kebersihan, keselamatan serta maruah ketika mendapatkan rawatan.
"Tiada pesakit yang sepatutnya menjalani proses pemulihan dalam wad yang dikongsi bersama burung merpati,” katanya
Turut senada, pengguna silvercrest1961 menyifatkan keadaan tersebut sebagai tidak bersih dan membimbangkan.
“Ini memang tidak bersih,” katanya.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung dakwaan yang tular itu.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
