Berita Viral
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
Oleh AZIM SAID
SETIA ALAM 10 Jun– Seorang wanita dipercayai menjadi mangsa cabul dalam satu kejadian yang berlaku di kawasan perumahan di Setia Alam, sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 9.06 malam semalam berhubung kejadian tersebut.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati wanita itu didatangi secara mengejut oleh seorang lelaki yang datang dari arah belakang sebelum bertindak memeluk dan menekup mulutnya.
"Suspek turut melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kerugian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kejadian itu tular di media sosial selepas seorang pengguna berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa memaparkan insiden berkenaan berlaku di kawasan kejiranan tersebut pada jam 7 petang semalam.
Menurut hantaran itu, kejadian berlaku berhampiran kediamannya dan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira jantina atau usia.
"Ini memang tidak boleh diterima. Berlaku di siang hari dan hanya di kawasan kejiranan sebelah rumah saya.
"Mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja. Anak-anak, isteri, kakak atau orang tersayang anda.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Tolong orang ramai di luar sana ambil langkah berjaga-jaga dan kekal selamat," katanya
Dalam video tersebut, mangsa dilihat cuba melepaskan diri dan menjerit meminta pertolongan sebelum suspek melarikan diri.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang berharap suspek dapat segera diberkas pihak berkuasa.
Seorang pengguna, ummianas18 berharap suspek dapat ditangkap dengan kadar segera.
"Siang buta pun nak buat orang! Jenayah tak kenal siapa, di mana dan bila!"
Seorang lagi pengguna, amatorlibri turut meluahkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.
"Harap dapat ditangkap . Tak senonoh!" katanya.
Sementara itu, syafeeqmn berpandangan kejadian seumpama itu semakin membimbangkan dan perlu ditangani dengan lebih tegas oleh pihak berkuasa.
"Masalah macam ni lagi selalu jadi terutama di kawasan ramai orang asing. Adui," tulisnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
